Tips Muslimah Jutawan Yang Cemerlang

Kata orang berpindah-randah dari satu rumah ke satu rumah yang lain tu penat. Betul penat. Tapi inilah masanya untuk surirumah super-sibuk (konon!) macam saya nak buat spring cleaning kan? Sebelum, semasa dan selepas proses berpindah rumah tu saya boleh kenalpasti barang-barang yang perlu saya buang dan simpan.

Okeylah. Dah 2 bulan lebih kami berpindah ke USJ Heights ni. Sewa. Ye kami sewa. Sebab pada kami, sewa jauh lebih untung daripada beli. Juga, bagi yang mengenali saya dan suami, tentu kalian tahu pendirian kami tentang pinjaman/hutang ni. So itu maybe entry lain saya kongsikan. InshaALLAH.

Mengemas rumah ni ambik masa berbulan-bulan. Jadi pagini, saya baru aje selesai kemaskan satu kotak berisi macam-macam jenis majalah. Ada yang dari zaman bujang lagi. Antaranya majalan Maskulin, Men’s Health, Rapi, Connection (Ericsson newsletter), Harmoni, Readers’ Digest dan banyak le. Tapi, dalam banyak-banyak tu, saya tertarik nak kongsikan dengan pembaca semua majalah ni 🙂

Muslimah Jutawan NUR Julai 2007

Memburu Gelaran Muslimah Jutawan

Majalah favourite kebanyakkan Muslimah berkerjaya. Nur isu/bil 57 Julai 2007.

Buat pengetahuan semua, inilah titik tolaknya dalam hidup saya menyimpan impian mahu menjadi seorang Muslimah Jutawan. Bukan sejak saya join business Shaklee atau sejak business Shaklee betul-betul ‘menjadi’ pada saya.. 2,3 tahun sebelum tu. Malah saya belum kenal suami saya pun masa tu. Lepas saya baca isu ni, saya simpan impian dan cita-cita yang besar, mahu jadi seorang Muslimah Jutawan. Saya mahu jadi seseorang yang punyai sesuatu yang boleh dibanggakan dalam hayat saya, inshaALLAH!

Terusik hati. Saya tak sangka, selepas 5 tahun, saya jumpa majalah ni semula, saya belek-belek dan saya rasa gembira macam ni. Ye saya bukanlah seorang Muslimah Jutawan pun sekarang, tapi inshaALLAH dalam perjalananan ke sana. Alhamdulillah.

Saya memang suka sangat baca majalan Nur terbitan Karangkraf ni. Malah pernah berangan pun nak jadi cover Nur! Haha! Malangnya saya lambat habis belajar. Lepas tu kerjaya pun tak lah hebat sangat yang nak buat diri rasa layak jadi cover Nur ni. Saya takde cerita menarik nak dikongsi. I was very plain at that time, but my dream was big. Lepas dah beranakkan si Icha, tak kerja pulak.. hahaha.. lagilah stop terus impian tapi saya rajin beli majalah ni sampailah last year when we (me and husband) noticed terlalu banyak ‘paper’ dalam rumah sewa kami.

Okey, saya yakin mesti yang takde isu majalah Nur yang ni nak saya kongsikan perkara-perkara menarik dalam tu kan? Saya tahu ramai di luar sana tu masing-masing punya impian serupa seperti saya. Saya doakan kita sama-sama sukses, dunia dan akhirat, inshaALLAH!

Untuk entry kali ni, saya share Tips Muslimah Jutawan (dari majalah ni)

Tips Muslimah Jutawan

  1. Islam TIDAK MELARANG, malah MENGGALAKKAN umatnya menjadi KAYA.
  2. Wanita kini lebih BERDIKARI, pandai MENCARI rezeki, dan BERUSAHA keras untuk BERJAYA.
  3. Cabang PERNIAGAAN antara usaha yang boleh membawa seseorang sehingga menjadi JUTAWAN, namun haruslah perniagaan yang HALAL agar lebih DIBERKATI.
  4. MUSLIMAH JUTAWAN YANG IDEAL adalah yang TAAT PADA ALLAH, menjalankan USAHA YANG HALAL untuk mencari kekayaan, TIDAK MEMINGGIRKAN KELUARGA dan banyak berbuat KEBAJIKAN.
  5. Jadikan ALLAH sebagai TEMPAT BERGANTUNG yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan.

InshaALLAH saya kongsikan lebih banyak lagi tips-tips dan ciri-ciri Muslimah Jutawan ini dalam blog ini. Rajin-rajinlah melawat saya!

Jom sama-sama kita menjadi Muslimah Jutawan yang ideal dan terbilang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...