Seperti yang saya janjikan dalam entry sebelum ni, ini dia temubual ekslusif kami berdua, team YoursupermomHD bersama Roger Barnett. Kami ajukan dua soalan kepada beliau, satu tentang WAHM dan Shaklee, dan satu lagi soalan special tentang beliau sendiri.
Alhamdulillah. Memang nervous juga sebab kami plan last minutes tau untuk buat temubual ni. Terima kasih banyak-banyak buat Mr. Bradford Richardson, President of Shaklee International, Inc. of Shaklee Corporation; yang bantu kami untuk dapatkan Roger Barnett pada malam tu. Terharu pun ada atas sokongan mereka.
Kalau anda view video ni sampai habis, Roger Barnett ada mentioned satu team US yang hampir sama dengan team Supermom kami ni, yang bervisikan mahu melahirkan lebih ramai WAHM lagi.
Okey, saya nak share la sikit antara intipati penting video ni. Shaklee adalah peluang biz yang baik untuk surirumah atau nama komersial kami, SAHM kerana dengan Shaklee, golongan SAHM ini :
- Jaga kesihatan family
- Sambil jana income hebat
- Jaga sendiri anak-anak di rumah
Paling saya suka, apabila dikatakan “MOMS ARE SUCH A POWERFUL FORCE” 😉
Ok. Nak tahu tentang interview ni boleh baca di blog My Health Lounge juga k 😉