Follower saya pasti tahu “kegilaan” saya terhadap pelbagai jenis stroller dan baby carrier. Stroller pilihan saya mestilah up-to-date dan tahan lasak. So far saya pernah guna Quinny Zapp (hilang masa di Airport Jeddah pada Mac 2012), Quinny Buzz, Baby Jogger City Select (baru aje patah satu kaki di Helsinki), dan sekarang saya tengah usha Bugaboo. Semua stroller kami guna sampai hancur. Berbaloi la beli, tapi rugi la sape yang niat nak beli preloved dengan kami. Serius.
Saya juga suka babywearing. Walaupun saya tidaklah hardcore sampai semua koleksi ada dan nak tukar-tukar jenis, warna dan corak setiap hari, tapi saya memang akan babywear aje selalunya. Kecuali saya mengandung, saya stop sebab saya tak tak mampu. Saya ada satu baby carrier yang sangat saya sayang. Saya beli dengan adik saya, Harlinda Halim, jenama SNUGGbaby. Design lama la agaknya sebab saya tengok anakcucu Shaklee saya yang dah ber’babywearing’ dengan jenama yang sama lain rupa kendongnya.
Dah merata dunia saya gunakan kendong (gendong) SNUGGbaby ni. Tapi, ini latest di Stockholm aje. Very comfy.
So, tu sebahagian gambar saya babywear dengan SNUGGbaby carrier di sini. Mkb lak tolak stroller tandem kami tu. Memang adventure sebab saya tahu bukan semua suami rajin tolak stroller macam Mkb. Betul tak? Lagi nak tolak dan panjat slope, tangga.. Pasang dan simpan balik.. Tapi kat Stockholm ni memang pemandangan biasa kaum bapa yang tolak stroller. Siap pakai baju kerja berkot. Smart tu..
Kat mana nak beli baby carrier ni? Saya syorkan anda terus ke website atau Facebook SNUGGbaby sebab seperti saya beritahu, saya beli preloved je dulu. Atau anda boleh join mana-mana group babywearing di Facebook (nanti saya tolong update link).
See you in next entry!! Muahhs!
Luv,
Hadhatina Mkb