Siri Jelajah #Gegemasu 2014

Alhamdulillah.. pada 20 Oktober 2014 yang lalu, akhirnya kami dan team Gegemasu telah pun berjaya menamatkan Siri Jelajah Gegemasu yang bermula pada awal bulan September lagi. Seramai 27 orang anakcucu Shaklee (tidak termasuk pasangan masing-masing) dari bahagian Central, Utara, Selatan dan Saudi telah menyertai siri jelajah ini dan syukur, memang ada perkembangan positif hasil daripada inisiatif cetusan idea suami saya, Master Mkb.

Apa itu inisiatif Gegemasu?

Gegemasu adalah salah satu daripada 3 inisiatif gerak-gempur besar empayar Supermom Academy pada tahun ini. Program elit ini mensasarkan Business Leaders daripada team kami yang mahu mencapai matlamat ulung rank dalam biz Shaklee pada cycle ini. Sebenarnya, kick-off meeting inisiatif ini telah kami adakan daripada awal cycle, namun atas beberapa ALASAN maka ia tertangguh sehingga kami pulang daripada trip Shaklee di US barulah ia bermula, secara intensif.

Oleh itu, bermula pada 6 September 2014 sehingga 20 Oktober 2014 kami outstation hampir setiap minggu demi mahu menjadikan impian anakcucu kami satu kenyataan. Kami tidak membuat style biasa yang dibuat lain-lain Leaders iaitu berkumpul untuk seminar atau kelas, namun kami sendiri yang datang ke setiap rumah peserta Gegemasu ini beramai-ramai sambil memberi idea, penjelasan dan membantu mereka untuk berjiwa lebih besar! Sebanyak 25 buah rumah kami ziarahi.. hebat kan? Pernah satu hari tu, sampai 4 buah rumah kami ‘Gegemasu’kan dalam masa sehari.. flat jugalah saya yang masih dalam trimester pertama hamil masa tu, namun semangat kuat saya mengatasi rasa penat semua tu. Pada saya, senyuman saya dan suami di kemudian hari atas kejayaan anakcucu Shaklee yang kami nampak.

Asalnya terdapat 6 business leaders yang join program ini namun kami terpaksa jadikan ia kepada 5 business leaders atas reasons priority dan komitmen. Ini kerana, inisiatif ini juga bertujuan menyedarkan business leaders kami bahawa MLM ini terdiri daripada 2 bahagian – marketing dan leadership. MLM adalah business yang dicipta supaya kita mampu membantu lebih ramai orang lain.. namun, jika kita hanya pandai marketing sorang-sorang, buat sales sorang-sorang.. tapi pengedar berdaftar di bawah kita setakat ‘makan sendiri’ tanpa dapat benefit, itu namanya tamak! Saya telah dilatih oleh mentor-mentor saya sedari awal business ini supaya membantu mereka yang berdaftar di bawah nama saya agar mendapat benefit daripada keahlian mereka ; lagipun saya juga dulu didaftarkan untuk mendapat benefits bukan sekadar locked saya supaya tak didaftarkan dengan SID lain.

Modul Gegemasu

Secara am, modul ini adalah style coaching yang rutin sebenarnya yang sepatutnya dilakukakan oleh setiap business leaders. Membantu anakcucu mempunyai matlamat yang jelas berdasarkan konsep SMART, memberi penyelesaian kepada semua halangan (atau sebenarnya ALASAN), dan teknik-teknik serta inisiatif yang ada untuk menjadikan matlamat tadi lebih ada push factor.

Tapi yang bestnya, semasa sessi Gegemasu ini, kami dapat mengenali dan mengenalpasti latarbelakang anakcucu kami yang pelbagai, yang mana makin menguatkan impian kami sendiri mahu membantu mereka berjaya. Rata-rata mereka ada impian, namun impian itu kabur kerana takut, tak tahu cara, tak kenal potensi diri dan tak buat apa yang perlu. Tapi, mereka semua kuat kerana sehingga hari ini masih mampu bertahan dalam business MLM yang penuh pancaroba ini. Tahniah!

Harapan Master Hadhatina & Mkb

Secara rasmi, siri jelajah Gegemasu ini dah tamat. Namun, timeline untuk mencapai objektif utama inisiatif ini adalah sehingga habis cycle ini, iaitu pada bulan Februari 2015. Doakan kami berjaya mencapai target yang kami setkan. 5 business leaders kami kini dalam proses duplikasi apa yang telah mereka “watch and learn” daripada kami sepanjang tempoh jelajah tempohari. Itu yang kami mahu, duplicate. Sebab inisiatif ini kami offer pada yang mahu, dan yang datang serah diri dan follow kami serta ‘paksa’ kami bantu mereka 🙂

Tips ringkas kami untuk yang mahu kejar target dalam masa yang singkat ini, fokus pada target yang betul serta pastikan target anda tu sentiasa front and centre. Anda sendiri juga kenalah front and centre of the target dan tahu apa nak buat pada target. Untuk leaders terlibat, now bukan masa untuk anda memotivasi diri, tapi anda sendiri yang pergi motivate dan bantu anakcucu anda. Saya dan suami sendiri ketagih coaching anakcucu apabila nampak prestasi meningkat! 😉

Tak lengkap entri tanpa gambar kan? Jadi, ini saya share gambar beramai-ramai kami di setiap rumah peserta Gegemasu. Yang lain boleh view di page Wahmilicious atau Facebook suami saya.

 

GEGEMASU_UTARAYUSLIDA

GEGEMASU_UTARAHANNIKAMILLA

GEGEMASU_UTARAFAKHRATI

GEGEMASU_UTARAASILAH

GEGEMASU_PUTRAJAYA

GEGEMASU_PAHANGNORLI

GEGEMASU_PAHANGJULIYA

GEGEMASU_MELAKA_KAKSUCHEZA

GEGEMASU_MELAKA_ACHEY

GEGEMASU_MEETINGSHAKLEEHQ

GEGEMASU_JOHORNORAHANA

GEGEMASU_JOHORNAZZWA

GEGEMASU_JOHORHERNEE

GEGEMASU_JOHORDHEA

GEGEMASU_JOHORAYNIES

GEGEMASU_JOHOR_NADIAYUSOF

GEGEMASU_CENTRALMAZLINDA

GEGEMASU_CENTRALMASAYU

GEGEMASU_CENTRALLINALIN

GEGEMASU_CENTRALHUDAIDRIS

GEGEMASU_CENTRALHAMIZAWATI

GEGEMASU_CENTRALFARAHA

GEGEMASU_CENTRALANAKNURUL

GEGEMASU_CENTRALAISHAH

 

 

Best kan? Saya sendiri tak percaya saya mampu buat begini di awal kehamilan.. dan paling best, rumah pertama kami terjah tu kami baru saja pulang dari US. Tak sempat nak layan jetlagged. Tapi, suplemen Shaklee kan ada?

Love,

Hadhatina&Mkb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...