Shaklee Is The Perfect Home-Based Business

14 Ramadhan yang penuh dengan cas-cas positif.

Alhamdulillah. Closing Julai yang baru berlalu memang sangat mengujakan dan penuh miracle. Malah, miracle terus terjadi sehingga ke hari ini.

Tahniah buat anak-anak Shaklee saya! Anak-anak memang sumber inspirasi dan kekuatan seorang ibu. Melihat semangat mereka, keinginan, impian, kecekalan dan kesungguhan mereka, membuatkan saya makin kuat dan makin ingin menjadi contoh terbaik mereka. InshaALLAH.

Masa awal-awal join Shaklee dulu, bulan Ramadhan, ada yang bertanya, “Shaklee tak buat berbuka puasa ke?”. Masa tu, siapalah saya kan? Namun, pertanyaan itu menjadi impian saya .. tengoklah, satu hari nanti saya akan dapat jawab, ” Ada. Dengan boss Shaklee”

Just DECIDE. Minda subconcious anda akan jadikannya realiti.

Isnin baru-baru ni, 30 Julai, impian jadi kenyataan. Majlis berbuka puasa ringkas dengan management Shaklee di Mandarin Oriental Hotel. Semua yang hadir dah bergelar Master kecuali saya, satu step lagi inshaALLAH.

Alhamdulillah. 2 tahun lebih bersama Shaklee. Pilihan saya dengan restu dan sokongan suami, memang tepatBagi mereka yang berminat mahu menjalankan home-based biz, ya, biz Shaklee adalah pilihan yang tepat dan hebat. Bak kata salah seorang anak saya yang nekad menjadi WAHM (Work At Home Mom), just like me, ” Uruskan order sambil baring-baring sambil breastfeed anak”

Siapa yang taknak kan? Suami pun suka. Tambahan pula, isteri tetap cantik bergaya macam kawan-kawan di office, malah lebih sihat dan cantik, stress free, anak-anak dibesarkan oleh isteri sendiri, apabila balik rumah isteri dah ada menanti .. dan yang penting, tetap generate income 4 ke 5 angka malah 6 angka sebulan.

Pada saya yang penting, saya tidak menyusahkan suami saya semata-mata kerana saya tak suka orang lain jaga anak-anak saya 🙂

Kini, impian yang bermula hanya kerana mahu memberikan yang terbaik kepada anak-anak saya bertukar menjadi batu loncatan untuk merebut anugerah Muslimah Jutawan. Ameen!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Shaklee.