Revolusi Coaching Santai Shaklee Style Masteria!

Dah lama saya nak bercerita tentang gameboard Masteria ini.

Versi asal gameboard Masteria

Versi asal gameboard Masteria

Jom layan iklan Masteria ni dulu..

Daripada mana datang ilham gameboard Masteria?

Pada cycle Shaklee yang lepas, iaitu cycle 2014/2015 saya dan suami telah menjalankan beberapa inisiatif bagi membantu organisasi kami terus bergerak dan mengekalkan momentum. Aktiviti adalah salah satu perkara penting dalam menghidupkan sesuatu organisasi tersebut. Tanpa aktiviti, organisasi boleh ‘mati’. Maka, terdapat 3 inisiatif besar yang kami jalankan iaitu #gegemasu, #supercomeback, dan #seriousbabe.

Setiap daripada inisiatif ini ada golongan sasaran tersendiri beserta modul dan pelaksanaan serta struktur yang berbeza.

Dipendekkan cerita, dalam proses kami mendapatkan modul terbaik tersebut maka datanglah ilham untuk kami membuat satu revolusi kepada style coaching yang biasa; iaitu daripada style kelas yang adakalanya membosankan kepada style bermain. Konsep yang kami pilih ialah melalui permainan papan (gameboard).

10942342_10153010699327978_6746551991676652706_o

Bagaimana bermain membantu business coaching kami?

Mengikut Teori Kon Pembelajaran Dale manusia dapat mengingat sehingga 90% apa yang dipelajari selepas 2 minggu; sekiranya ia dilakukan secara simulasi.

Teori Kon Pembelajaran Dale

Teori Kon Pembelajaran Dale

Berdasarkan gambarajah di atas, anda boleh melihat relevannya gameboard Masteria ini dalam membantu business coaching melalui pengalaman bermain itu sendiri. Pendek kata, Masteria boleh dijadikan cara pantas untuk SID belajar tentang bisnes Shaklee melalui pengalaman kami sendiri.

Nak tengok apa kata sahabat Masters kami, founder empayara FAWA Millenium. Mula-mula main memang tak faham, muka pun masing-masing boring dan blur aje (cute!). Tapi, lama-kelamaan apabila downlines dan cash semakin banyak, mereka semakin enjoy the game!

Ceria kan mereka? 😉

Paling enjoy bila dah menghampiri target. Paling takut kalau termasuk dalam zon selesa!

Bagaimana gameboard Masteria membantu anda memahami perjalanan business Shaklee?

10658742_10153306156262978_2994213214942662538_o

Pengisian gameboard Masteria ini diilhamkan berdasarkan pengalaman kami sendiri di dalam business Shaklee, daripada seorang Distributor sehinggalah menjadi Masters Coordinator. Jadi, dengan bermain Masteria, anda berpeluang merasai pengalaman tersebut juga secara pantas dan santai, sambil belajar dos and donts untuk menjadi SID yang cemerlang. InshaALLAH.

Terdapat 3 aspek penting yang anda boleh pelajari daripada gameboard ini. Antaranya :-

  1. Kepentingan skill Jualan
  2. Kepentingan skill Kepimpinan
  3. Kepentingan keluar daripada Zon Selesa

Diharapkan kepada mereka yang pernah bermain gameboard ini dan memilikinya, manfaatkan sepenuhnya okey!

“Semakin banyak anda bermain gameboard Masteria ini, semakin banyak ilmu tentang bisnes Shaklee yang anda dapat ketahui, inshaALLAH.” – Master Hadhatina, founder Shaklee’s Supermom.

Mijie, JOHAN cabaran iPhone6 Masteria

Mijie, JOHAN cabaran iPhone6 Masteria

Hadhatina Mkb

#MakAnakRamai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...