Alhamdulillah.. hujung tahun lepas, semasa cuti sekolah, kami sekeluarga sekali lagi dapat jalan-jalan Eropah. Oh syoknya tau sebab kalini saya rasa sihat sangat masa travel. Alhamdulillah.. Yelah.. selalu travel tengah mabuk hamil, baru habis pantang.. hihi.. paling tak syok travel time macam tu ialah bab makan minum. Alahai.. semua serba tak kena dengan tekak; ataupun kena berpantang makan itu ini demi baby. Kalini, seronok semua makanan tekak boleh layan!
Okey. Trip kalini sama duration dengan trip Europe 2013 dulu; iaitu selama 16 hari. Seperti biasa, kami travel sendiri, tak guna ejen, dan kami juga seperti biasa, angkut semua anak-anak syurga kami tu. Berapa usia mereka kalini? Anak-anak kami masing-masing berusia 5 tahun, 3 tahun, 2 tahun dan latest, 8 bulan. Best tak? Best dan sangat mencabar! Masa nilah teruji kepakaran saya dan suami handle anak-anak tau.
Okey, cerita pasal kat Venice ni. Kami sekeluarga berada di Venice pada hari ke-8 dan ke-9 trip kami. Satu cabaran buat saya dan suami sebab hari ke-8 ni jatuh pada 30 November; which is hari closing bagi Pengedar Shaklee. So, pagi pertama di Venice tu kami spend masa sekejap di hotel uruskan hal closing downlines di Malaysia. Beza masa Venice dengan Malaysia ialah 7 jam; so saya kena alert dengan masa sebab takut terlajak pula.
Alhamdulillah.. urusan closing berjalan lancar. Jadi, sementara nak tunggu perkembangan terkini dari Malaysia, saya dan suami jalan-jalan kaki dulu sekitar hotel tempat kami menginap; sambil tolak stroller besar kami tu lah. Jenuh juga, sebab Venice ni sebenarnya terdiri daripada pulau-pulau kecil yang dihubungkan dengan jambatan-jambatan kecil juga. Bila nak menyeberang jambatan tu, kena turunkan anak-anak, panjat jambatan yang bertangga tu, then dah sampai sebelah sana baru anak-anak masuk stroller balik. Memang jadi tough! Hehe..
Jom tengok gambar sikit..
Jalan punya jalan, sambil tangan saya sibuk dengan iPhone sebab nak dapatkan update closing, kami terserempak dengan dua orang lelaki Itali yang berpakaian baju belang-belang, dan yang buat kami teruja.. ok, ada gondola berdekatan mereka!
Suami tanya,” Nak naik gondola tak?”
Saya tengok jam. Masa tu belum settle closing lagi, risau juga nak buat apa-apa aktiviti sangat.
Saya jawab,” Abang tanyalah dulu.. berapa lama? Harga?”
Okey. Kata lelaki Itali tu, kita panggil gondolier (pembawa gondola), rate adalah 80 euro untuk 30 minit atau 100 euro untuk 40 minit. Kami pilih yang 40 minit tu walaupun kalau rajin nak convert nilai euro tu ke ringgit Malaysia memang mahal jadinya. Tapi, pengalaman tu lebih mahal, karang balik Malaysia menyesal pula kan?
Mula-mula kami ingat nak tinggalkan dan kunci aje stroller dekat tempat naik gondola tu, tapi kata gondolier tu kami boleh bawak stroller tu naik gondola. Wow! Hebat! Ini bukan stroller mini, tapi stroller tandem yang siap ada seat tambahan. Ni la hasilnya..
Alhamdulillah.. satu pengalaman yang sangat MENGUJAKAN! Dahle rate kami dapat (pada saya) agak murah berbanding dengan rate yang kami tanya-tanya pada mereka yang pernah datang ke Venice ni. Memang rezeki anak-anak kami la ni.
40 minit kami dibawa pusing-pusing sekitar Venice (taklah sampai satu Venice) sambil dihiburkan oleh gondolier yang menyanyikan lagu Venice dan sejarah Venice. Buat pengetahuan korang, bukan sebarang orang boleh jadi gondolier tau. Kena ambil kelas, exam, kena pass, tahu sejarah, dll.. dan daripada bacaan, kebanyakan yang jadi gondolier ni mewarisi business keluarga. Kiranya memang jaga kualiti dan nama baik Venice lah, tak boleh tipu-tipu cerita fakta dan sejarah Venice.
As usual, suami rakam video. Khas untuk korang.. dengar lagu ni saya rasa macam berlakon dalam cerita P.Ramlee.
Amacam? Jeles tak? Hihi! Gurau je.. korang punya experience lagi best kan?
Habis 40 minit, kami selamat tiba di tempat asal tadi. Seronok tak terkata! Yelah.. rezeki tau sebab saya bajet memang tak mampu la nak naik gondola. Syukur alhamdulillah.
Lepas tu, kami pun sambung tolak stroller semula; tak pergi jauh-jauh daripada hotel sebab hal closing belum settled. Ni antara foto kami ambil on the way balik ke hotel.
So, itulah sedikit coretan pengalaman kami sekeluarga berpeluang merasa naik gondola bersama-sama stroller kami. InshaALLAH ada kelapangan saya coretkan lagi tempat-tempat lain, serta pengalaman-pengalaman lain yang menarik sepanjang trip Eropah baru-baru ni.
Sekian cerita mak anak 4 🙂
Ceria Hadapi Cabaran,
Master Hadhatina Mkb
Bestnya tour Europe!
emalin mohd recently posted..Menghilangkan Sembelit, Buasir dan Sakit Kepala Semasa Hamil Serta Luka Bersalin Cepat Sembuh
Comments are closed.