Pengalaman Berpisah dengan Anak Kecil

Saya tak pernah berpisah dengan anak-anak saya. Kalau ada pun 2, 3 jam aje lah. Icha pernah 2 kali kot sekitar tahun 2010-2011 dulu semasa saya baru mula serius bisnes online, sebab saya attend kelas dengan Mommy Lyna dan suami saya taknak join so saya je sorang-sorang. Lepas tu, masa di London dan Paris tahun lepas sebab urusan bisnes. Both events memang sekejap tu je. Tu pun tak keruan hati saya ni tau.

Malam tadi, sekali lagi saya terpaksa berpisah dengan anak-anak saya selama beberapa jam. Tapi kali ni rasa berbeza sebab saya kena hantar ke rumah ‘cucu Shaklee’ saya, Zainora KIJ. Okey. I have this feeling… sayu. Selalunya saya “tinggalkan” mereka di tempat mereka biasa atau bersama orang yang mereka biasa iaitu atok dan nenek. Tadi, rasa macam pi hantar mereka kat babysitter pun ada. Sebab apa?

Sebelum tu baca status saya 2, 3 hari lepas 🙂

Status WAHM saya

Status WAHM saya

Malam tadi, saya dan suami menghadiri Exclusive Dinner treat bersama CEO Shaklee Corporation, Roger Barnett yang bertempat di Sunway Resort. Dinner ini hanya untuk 47 Master Coordinator yang layak sahaja, iaitu yang berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Shaklee pada tahun lepas. Alhamdulillah, kami antara TOP 50 itu. Congrats team #SupermomAcademy! Memang best!

So, macam saya post kat Facebook saya tu, Am selalunya happy kan bila nampak saya pakai tudung? Saya pun. Of course. Tapi, petang tadi masa bersiap tu, saya yang kuat berangan ni tiba-tiba rasa sayu yang amat sangat. Am asyik tengok saya bersiap. Ichabella macam biasa main kejar-kejar. Selalunya saya pakai tudung mesti sebab nak bawak anak-anak shopping, main, jalan-jalan, makan-makan dsb.. tapi ni saya siap cantik-cantik lepas tu saya nak tinggalkan mereka pulak.

Ditambah lagi, suami yang turut dress up. Mungkin sebab kami berpakaian elok-elok tu buat saya dapat menyelami perasaan ibu bekerja yang terpaksa tinggalkan anak dengan babysitter. Terpaksa. Menyedihkan. Lagi agaknya kalau anak tengah demam ke tapi kita pula ada urusan kerja yang menuntut kita tinggalkan mereka.. ermmm.. Saya pernah baca blog kawan saya yang asyik menangis di pejabat sebab anak dia demam tapi dia takde pilihan selain kerja dan outstation. Saya pernah lihat depan mata seorang officemate saya yang asyik call maid dia pastikan anak-anaknya dah sampai rumah, dah makan, dah gi kelas Mandarin, dah gi kelas agama dsb. Saya juga pernah dengar kisah ibu yang stuck di jammed berjam lamanya dan tiba di rumah tengok anak-anak dah tidur dengan maid…

Tabahnya mereka. 

ALLAH HU AKBAR! Sesungguhnya saya merasa bertuah dilorongkan ke jalan ini. Saya miliki 24 jam sehari bersama anak-anak yang saya kendong dalam rahim saya dengan penuh kesakitan berbulan-bulan lamanya. Saya miliki 24 jam sehari untuk peluk, cium, main, cubit, suap, mandi dan lihat segala progress mereka depan mata kepala saya. Saya miliki tahun-tahun awal kehidupan mereka sepenuhnya dan siapa mereka adalah air tangan saya ini, yang mencanai peribadi dan akhlak mereka.

Shaklee NC 2013

Anak-anak WAHM di Shaklee NC 2013

YA ALLAH.. besarnya nikmat yang KAU berikan padaku. Lebih istimewa, ALLAH berikan juga saya peluang untuk bersama suami 247. Saya amat bersyukur. Alhamdulillah.

Sampai di rumah Nora tadi, sebaik pintu dibuka, sementara Nora ambilkan Am di tingkat atas, suami panggil Bella. Nak tahu apa reaksi Bella? Dia terkejut lepas tu menangis. Kami panggil Icha, juga respon yang sama. Am aje yang ok kot tak menangis (maybe sebab dia baby), tapi dapat je nenen.. hehe.. kemain lama menyusu. Sampai di rumah tak tidur sebab main kejar-kejar, al maklum dah pandai menjulur baby 8 bulan ni.

Malam ini, saya merasa amat bersyukur. Menjadi WAHM memang anugerah yang hebat daripada ALLAH swt. InshaALLAH, saya akan jadi WAHM terbaik!

InshaALLAH boleh!

Luv,

Hadhatina Mkb

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...