Menjadi Ibu Yang Ceria!

Hujung bulan adalah saat yang menggetirkan buat saya sejak 2 tahun yang lepas. Sejak saya mula berkecimpung dalam biz Shaklee.

Closing.

Saya seorang surirumah yang punya wawasan (eceh mujur takde perkataan lebih bombastik yang saya ingat buat masa ni).

Stress bercampur gembira. Biasanya begitulah, tapi saya juga manusia biasa. Stress bercampur sedih pun pernah, tapi saya lebih suka tidak melayan perasaan sebegitu kerana demi anak dan suami, saya sentiasa bertukar MENJADI IBU YANG CERIA!

Mari kita berfikiran positif, bersangka baik (terutamanya dengan ALLAH swt) dan fikirkan yang baik-baik, serta memaafkan setiap kepahitan yang pernah terjadi pada diri kita ; yang kita ‘sangkakan’ kerana perbuatan orang lain. Bukankah kita-kita ini rajin membaca buku-buku motivasi, yang mana pakar-pakar motivasi sentiasa mengatakan kitalah yang bertanggungjawab menentukan perasaan kita (sedih, marah, happy, dll) ; bukan orang yang ‘buat’ tu.

Dush! Dush! Terkena kat muka sendiri kan? 🙂

Icha yang makin ketagihan memang ada masanya merunsingkan saya. Ditambah dengan kemahiran merajuk yang dia baru ‘master’ .. aduhhh .. drama penuh emosi. Kadang saya menjerit sebab both princess buat hal serentak. Contoh : bangun tidur serentak, menangis serentak, berak serentak hahaha ..

Sesungguhnya terima kasih tak terhingga atas doa kalian yang memanggil saya ‘SUPERMOM’.

My Cute Piranha

Sumber Inspirasi

 

Mee Kuah Rojak Kegemaran Hubby

 

Okey! Saya ada ‘appoinment’ malam ni dengan ‘anak-anak Shaklee’ saya dan juga nak settlekan order customers.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Shaklee.