Jangan Ditanya Ke Mana Aku Pergi

Semacam aje tajuk entri ye? Haha.. Dah berbulan-bulan saya menyepikan diri daripada arena blog. Tak sibuk manapun, cuma pengurusan masa kurang bagus sampai blog bersawang katanya.

Banyak perkara berlaku dalam hidup saya sejak-sejak pulang daripada Venice tahun lepas. Latest, awal bulan Ogos yang lepas alhamdulillah kami sekeluarga berpeluang mengikuti trip mewah company tersayang i.e Shaklee; untuk menghadiri global convention di Orlando. Florida, USA. Alhamdulillah, kali ini sekali lagi pihak company benarkan kami bawa anak-anak (of course bersyarat). Thank you buat Shaklee Malaysia yang sudi ambil tahu tentang motivasi terbesar saya ini.. inshaALLAH, saya menghargai kelonggaran yang diberikan ini dengan cara terus-menerus mendidik organisasi Supermom Shaklee tersayang agar terus perform dan berkongsi kebaikan Shaklee di seluruh muka bumi.

 

Happy kids at magic kingdom

Magic Kingdom, Walt Disney World, Orlando

Okey.. I am really not in mood of writing yet. Saya ada satu sindrom di mana, masa tengah banyak idea nak menulis otak saya turut berfikir tentang “apalah anak-anak aku buat kat bawah tu..? Eh dah jam 10 malam kena tidurkan anak-anak dah ni..”.. Then, saya pun sekejap lagi pergi join aktiviti anak-anak dan layan mereka sampai pun tertidur sama.

Itulah masalah pengurusan masa yang saya mentioned awal-awal tadi. It’s me, not my kids nor my husband. InshaALLAH kita cuba improve diri okey?

Jumpa lagi di lain entri ya!

#MakAnak4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...