Jadual Puasa Sunat 2012

As Salaam Mommies semua!

Alhamdulillah saya dah pun selamat pulang daripada Teluk Intan malam semalam. Syukur sangat tak ter’bersalin’ kat sana .. haha! I have my own personal reasons kenapa saya taknak bersalin di kampung ibubapa (dan ibubapa mertua saya).

Alhamdulillah juga .. salah satu hal yang merunsingkan saya sejak sebulan dua ni dalam proses nak selesai, inshaALLAH.

Siang tadi saya sengaja update status di Facebook tentang azam-azam hebat 2012 saya. Antaranya

1) habiskan membaca seminggu sebuah buku at least
2) khatam quran 4 kali at least
3) puasa sunat sekali seminggu at least

Semuanya at least! Tiga benda ni mungkinlah nampak simple pada orang lain, tapi pada saya, honestly agak berat dilaksanakan. InshaALLAH saya akan cuba yang terbaik. If saya mampu buat yang terbaik dalam business Shaklee saya, kenapa tidak dengan 3 perkara ni kan?

Kebetulan, semasa saya sedang godek-godek blog baru saya ni sebab nak belajar pasal WordPress .. ada member di Facebook yang shared Jadual Puasa Sunat 2012. Alhamdulillah .. seronoknya! Habis berpantang ni inshaALLAH saya akan usaha puasa sunat (dan habiskan yang wajib) sedaya-upaya saya.

Okeh! Ni yea jadualnya!

 

Jadual Puasa Sunat 2012

Jadual Puasa Sunat 2012

 

Okeh! InshaALLAH rutin hidup 2012 saya akan lebih teratur meskipun puteri saya dah bertambah!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...