Iftar Team Supermom di Restoran Tempayan, Sungai Buloh

Assalamualaikum.

Agak lama menyepikan diri daripada arena penulisan blog kerana saya dan suami fokus kepada projek vlog (video blog) kami. Tambahan lagi, kami kerap travel dan ke sana ke mari menyebabkan tenaga ibu hamil 7 bulan ni cepat habis. Idea banyak. Al maklum, aktiviti seharian sebagai WAHM saya memang sentiasa ada. Alhamdulillah.

Semalam, 18 Julai 2013, saya dan team Supermom tersayang berjaya mengadakan program iftar (pertama) kami untuk Ramadhan tahun ini. InshaALLAH jika tiada aral melintang, saya nak aje buat lagi.

Program iftar ini kami adakan di Restoran Tempayan, Sungai Buloh, Selangor. Maaf saya tak dapat nak letak link map pula ni. Anak buah saya, Sarah, yang uruskan. Memang best lah restoran ni. Sangat family-oriented. Siap ada child play-room. Jadi, anak-anak Shaklee kami seronok habiskan masa bermain sesama mereka sambil kami borak-borak. Bilik solat juga disediakan. Maka, takdelah susah-payah nak cari tempat solat.

Makanan yang disediakan juga tak kurang hebat. Macam-macam menu ada. Daripada nasi berlauk, western, nasi ayam, yang simple macam bihun dan mee goreng, satay sehinggalah kepada kuih-muih beraneka jenis. Saya cuma berbuka dengan mee goreng dan kuih-muih aje sebab dah hamil 7 bulan ni perut saya dah tak mampu terima makanan banyak-banyak. Lagipun, yang penting perut saya berisi dan saya dapat bersua wajah dengan anak-anak buah saya.

Seramai 7 buah keluarga Supermom dapat menghadirkan diri untuk program iftar ini. Sepatutnya lebih lagi namun dek kekangan masa, suami balik kerja lewat, jammed dsb maka ada terpaksa cancel last minutes. Tak mengapalah, pada saya, untuk aktiviti begini, there is always next time. Saya dan suami ON aje, inshaALLAH.

So, mari layan beberapa keping gambar yang saya ambil daripada koleksi suami dan Sarah di Facebook.

Restoran Tempayan Sungai Buloh, dekat dengan Bahagia Babyland

Restoran Tempayan Sungai Buloh, dekat dengan Bahagia Babyland

kids playroom di Restoran Tempayan

Kanak-kanak bersama mak-mak super di kids playroom

Antara menu iftar yang ada

Antara menu iftar yang ada

Kami yang hadir semalam. Sempoi tapi ceria dan bertenaga

Kami yang hadir semalam. Sempoi tapi ceria dan bertenaga

 

Seronok tau dapat buat aktiviti begini. Style team kami memang begini, perjumpaan santai dengan aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang lebih kepada mengeratkan ukhuwah. Sambil tu masih boleh coaching juga, kan? Lebih menarik begini kerana minda kita dah di’set’ awal-awal untuk tidak berasa terlalu komited malahan ‘enjoy’. Perasan ‘enjoy‘ tu penting demi menjana mood dan motivasi anak-anak buah saya sepanjang masa. Kalau semua benda ber’agenda’, memang stress juga (sayalah), sebab saya memang suka bergerak bebas most of the time.

Mahu jadi sebahagian daripada keluarga kami yang ceria bertenaga ini? PM saya Mommy Hadha di 0192939886 sekarang!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...