Happy First Birthday, Norman Aqasyah!

Alhamdulillah.. semalam 11 Jun 2018, genaplah setahun usia anak ke-5 kami, Norman Aqasyah.

Belum sempat nak celebrate lagi. Yelah.. bulan puasa pun. Tambahan lagi hubby tengah busy siapkan video klip raya Supermom tahun ni ..

InshaALLAH sebelum balik kampung ni saya nak celebrate sesama kami dulu .. sebab, bila balik kampung dah kurang sikit feel dia sebenarnya..

Pencapaian Aqasyah setakat umur setahun ni.. hurmm.. banyak juga anak kecil kami ni buat breakthrough tau.

  1. Aqasyah dah boleh berjalan sebelum usia setahun, which, rata-rata anak-anak kami start berjalan paling awal umur setahun 3 bulan
  2. Aqasyah rupa-rupanya dah pandai panjat tangga.. laju pulak tu!
  3. Aqasyah satu-satunya anak yang ada pengalaman minum susu guna botol.. dan bukan sebarang susu, EBM tau!
  4. Aqasyah ada pengalaman kena tinggal dengan kami selama 5 hari 6 malam semasa berusia 10 bulan, sebab rules company incentive trip tak boleh bawak baby..
  5. Paling penting, sejak lahir lagi Aqasyah memang dah pecah rekod adik-beradik dengan lahir bersama berat 4.13 kg .. sebelum tu paling berat pun Anna dengan 3.85 kg.

Apapun, saya taklah membezakan anak-anak.. ini adalah untuk catatan peribadi saya. Setiap anak saya ada keistimewaan masing-masing 😉

Norman Aqasyah, emak dan abah doakan Aqasyah membesar sebagai anak yang sholeh, serta menjadi hamba ALLAH yang berguna dan berjaya dalam hidup, di dunia dan di akhirat. Semoga anak emak ni sihat dan ceria selalu!

 

 

Emak love Aqasyah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge