Fesyen Tudung Syria untuk Icha dan Bella

Seronok betul saya tengok bayi sahabat Brunei saya, Meza, yang ‘ok’ je dipakaikan tudung semasa kunjungan kami ke Brunei 2 minggu lepas.

tudung syria bayi

 

tudung syria baby

So, semalam semasa shopping baju raya, kami belikan Icha dan Bella seorang sepasanga tudung jenis Syria. Mula-mula tu kami test tudung jenis instant tu tapi macam comot lak. Yang jenis Syria ni lebih kemas, lagi-lagi anak-anak saya ni suka lepas rambut mereka. Tak suka diikat.

Inilah hasilnya! 😉

ICHA

 

BELLA

 

Kami beli di tempat shopping biasa kami setiap tahun, iaitu di PKNS Shah Alam. Tiga pasang berharga RM50. Tak tahulah mahal ke murah tapi saya okey je. Kata orang, nak dapat lebih murah kat sini kena shopping malam raya 🙂

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...