Doa Seorang Ibu dan Cerita Kuasa Minda

Semoga ALLAH swt ampunkan dosa-dosa saya.

Maafkan emak, Icha dan Bella, andai emak ada terlanjur kata dan perbuatan terhadap kalian, anugerah terindah daripada ALLAH swt buat emak dan abah.

Terkedu saya membaca entry blog ni (blog ni suami saya yang suggest pada saya supaya tengok). Salah satu ayat dalam entry tu ..

Tuhan, ampuni daku ..

“Apa yang kita ucapkan itu juga merupakan doa kepada insan yang dituju, doa seorang ibu amatlah berkuasa melebihi segalanya, apa akan jadi pada anaknya jika setiap hari ibu berleter terhadap kenakalan anaknya, apa yg dituturkan ibu itu adalah doa untuk anak tersebut.

Nakal betulla budak ni, tak nak dengar kata langsung, jagala ayah awak balik nanti….

Dan lagi.

” 90% dari badan kita adalah air, jika tulisan dan fikiran terbukti mempengaruhi molekul air dan membentuk kristal bergantung perkataan yg digunakan, bagaimana dgn fikiran kita yg sememangnya mewakili diri kita sendiri. Jika diambil sampel air dari badan kita ini dan dihantar ke Dr. Masaru Emoto untuk di bekukan dan diambil kristalnya, agaknya bagaimanakah rupanya? Semua tingkah laku, tutur kata dan perbuatan¬†bermula dari fikiran, jika fikiran penuh dgn negativiti, pasti kristal yg terbentuk amat buruk rupanya. Fikiran yang baik disusuli dgn tutur kata yg indah, akhlak yg sempurna, sopan tingkah laku, jiwa yang pengasih dan hati yg selalu bersyukur, pasti kristal2 yg terbentuk indah2 belaka.”

Boleh baca lebih lanjut di sini : http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/03/kuasa-minda-terhadap-air.html

Menjadi seorang ibu penuh dengan dugaan dan pengajaran. Menjadi seorang ibu membuat seseorang menjadi semakin matang. Menjadi seorang ibu membuat seorang wanita lebih menghargai kehidupan. Menjadi seorang ibu membuat seorang wanita faham kenapa ibu dan ayah selalu bergaduh hal remeh-temeh (haha). Menjadi seorang ibu adalah syurga di dunia dan di akhirat (inshaALLAH),

Dan juga, menjadi seorang ibu bermula lah hidup yang penuh dengan air mata.

Dan membuat seorang suami semakin mencintai seorang isteri.

Terima kasih ALLAH. Ampunkan keterlanjuranku ALLAH.. terhadap amanah-amanah yang KAU beri ini.

Anak-anak emak, Icha dan Bella. Emak sayang korang.

Anak-anak Shaklee saya yang rajin, comel dan manja. Mommy sayang korang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...