Anak dan Masa

Kisah seorang teman yang baru aje tender resignation. Komen beliau. Yang support dia berhenti kerja kebanyakannya kaum Adam. Kaum Hawa semua cakap rugi.

Ibarat gelap masa hadapan.

Pada saya, jika berhenti kerja itu adalah atas permintaan suami, demi anak-anak, tidak ada istilah rugi. Malah berganda pahala. Berganda masa apatah lagi. Fikirkan, berapa banyak masa ajelah kita-kita ni punya untuk bersama anak-anak .. dan suami?

Teringat saya cerita seorang kakak. Pagi-pagi seawal jam 5 pagi dah bangun tidur. Siapkan pakaian suami, sarapan dan urusan anak-anak. Yang hantar anak ke sekolah adalah dia sebab satu arah dengan ofis. Suami arah berlainan. Sepanjang di ofis, saya seringkali melihat dia menelefon ke sekolah bertanya hal anak-anak. Memastikan jadual seterusnya anak-anak tersayang. Ada kelas taekwando kah? Ada kelas Bahasa German kah? Ada sekolah agamakah? Sebab dia perlu pastikan anak-anaknya tak ponteng kelas-kelas tersebut.

Skip semua tu. Balik ofis jam 5 petang, paling awal. Kalau bos ajak meeting, mau berlarutan sampai 8 malam. Ok. Kalau jam 5 petang boleh chow then it is fine. Rutinlah. Balik jemput anak. Siapkan anak untuk dinner. Pantau anak-anak buat homework. Siapkan pakaian sekolah anak-anak. Suami sampai rumah jam 9 malam. Boss kan?

Berapa jam aje dia ada masa dengan anak-anak? Suami? Berkerja di pejabat, semakin tinggi jawatan, semakin tinggi komitmen, semakin besar pengorbanan keluarga (anak, isteri, ibubapa) ; masa bersama keluarga? Bila? Makan tengahari dengan customers. Makan malam dengan customers. Tak campur high tea. Minum pagi? Golf di hujung minggu. Outstation sana-sini masa weekdays.

Kalau isteri kerja dan berjawatan besar. Anak lebih suka tidur dengan bibik pun ada. Dah mak balik jam 10 malam. Tuntutan akhir zaman.

Kalau kerja level bawah pula? Stress memanjang dengan oppression daripada pihak atasan yang asyik nak naikkan nama sendiri.

Masa yang ada hanyalah hujung minggu. Tu pun kalau suami/ayah ada, barulah quality time kan namanya.

Bukan semua macam tu, tapi kebanyakannya begitu. Betul?

Sebab tu, jika ada kawan-kawan perempuan yang berhenti kerja, saya orang paling gembira. Paling support. Biarpun dia bukan geng biz saya. Pahala besar menanti. Rezeki dan reward di akhirat.

Saya mendedikasikan seluruh jiwa raga saya buat suami dan anak-anak, kerana ALLAH swt. Sebab tu saya tak pernah jemu. Daripada saya 0 sampai saya ada sesuatu untuk dibanggakan. Saya tak pernah bosan melayan suami. Cuma penat mengemas rumah yang takkan pernah kemas selagi saya dan suami belum tua, dan belum berdua kembali 😉

Sesungguhnya surirumah adalah pekerjaan yang sangat mulia! Jangan rasa rendah diri. Apatah lagi jika anda seorang surirumah 5-angka kan? 😉

me and the girl

Me and the girls

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...