16 Tips Travel Semasa Hamil Bersama Anak-Anak Kecil

Kehamilan bukanlah alasan untuk seseorang wanita itu berhenti daripada menjalankan aktiviti travel ke destinasi idaman. Cuma ianya akan menjadi lebih mencabar, apatah lagi jika anda masih berkeras nak bawak semua anak-anak kecil; seperti yang saya suka dan selalu buat.

Gambar kat bawah ni first time la saya buat aktiviti lasak sukahati.. panjat Kellie’s Castle time 7 bulan pregnant, anak pertama tau. Berani-berani aje.. terus jadi habit.

Atas Kellie's Castle, Jan 2010

Atas Kellie’s Castle, Jan 2010

Walaubagaimanapun, travel ketika hamil perlu diambilkira faktor keselamatan samada anda dalam golongan wanita hamil yang berisiko tinggi atau tidak; dan juga atas nasihat doktor yang memantau kehamilan anda.

Sekarang, jom baca yang boleh anda ambilkira sekiranya berniat nak travel semasa hamil.

Information Centre Golden Gate Bridge, San Francisco

San Francisco, Julai 2014, 4-5 minggu hamil

DISCLAIMER : Tips yang saya kongsikan ni adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri yang kerap travel ketika hamil bersama anak-anak kecil

SEBELUM TRAVEL

DESTINASI YANG SELAMAT DAN SELESA

Selalunya yang uruskan destinasi travel kami adalah suami saya. Beliau yang rajin check mana-mana tiket flight yang ada beri offer murah. Kalau masa tu kami dah tau saya pregnant, maka saya akan tentukan yang destinasi tu selamat dan selesa untuk saya. Bab ni kena rajin buat research keadaan semasa. Lagipun, kalau saya tak selesa atau jatuh sakit ; suami saya juga yang susah.

TRIMESTER KEDUA ADALAH SAAT PALING SIHAT

Rata-rata wanita hamil berada pada tahap kesihatan dan tenaga yang optimum (atau maksimum, mungkin?) semasa trimester kedua kehamilan. Ini kerana, selalunya ketika ini mabuk hamil dah habis, selera makan dah kembali normal dan perut pun masih tidak terlalu besar dan berat; serta bayi yang dikandung pun tidak terlalu fragile di dalam rahim sepertimana semasa trimester pertama.

Namun, jika anda cukup yakin dan berani, anda boleh travel semasa trimester pertama lagi sebenarnya (jika tiada komplikasi). Pengalaman saya, kehamilan kedua, ketiga dan keempat saya berada lebih kurang 1-2 minggu di luar negara semasa bulan pertama kehamilan. Malah, saya juga pernah berada di Jakarta, Indonesia selama 10 hari atas urusan bisnes. Seminggu lepas balik Malaysia selamat lahirkan anak lelaki saya, Ilham Bakhtyar.

Usaha-libur 10 hari di Jakarta

Jakarta Indonesia, Oktober 2013, minggu rahsia haha

DAPATKAN NASIHAT DOKTOR

Sebagai wanita hamil, dah tentulah kita memang ada jadual temujanji dengan doktor. Jadi, jangan buat-buat lupa untuk inform doktor anda tentang trip yang anda bakal pergi tu dan dapatkan nasihat doktor tentang do’s and don’ts serta bekalan vitamin prenatal anda okey?

Doktor tidak akan menghalang anda untuk travel sekiranya anda sendiri yakin dengan keadaan kesihatan diri dan rekod perubatan juga baik.

PERIKSA GARIS PANDUAN TRAVEL BY AIR KETIKA HAMIL

Terutamanya jika anda sudah hampir mencapai trimester ketiga dan perlu berada dalam long flight. Ini sangat penting sebab silap gaya anda mungkin kena turun semula daripada pesawat walaupun dah bayar tiket mahal tau 🙂

SYARAT PENERBANGAN

Adalah penting mengetahui syarat-syarat menaiki penerbangan yang telah disediakan. Syarikat tambang murah Air Asia meletakkan syarat kehamilan sehingga 27 minggu saja dantanpa perlu surat akuan dari doktor. Namun, wanita hamil di usia kandungan ini perlu menandatangani Penyata Liabiliti Terhad. Bagi kehamilan antara 28 hingga 34 minggu, surat doktor diperlukan dan perlu bertarikh tidak lebih dari 30 hari dari tarikh penerbangan.

 

Penyata Liabiliti Terhad Air Asia, Air Asia Japandan Air Asia X perlu diisi  untuk keselamatan. Jika kehamilan melebihi 35 minggu, anda tidak dibenarkan untuk terbang. Bagi syarikat penerbangan Malaysian Airline System (MAS), surat dari doktor juga diperlukan. Wanita yang hamil normal tanpa komplikasi dibenarkan naik pesawat sehingga kehamilan 35 minggu. MAS juga tidak membenarkan wanita hamil pada bulan terakhir menaiki pesawat.

Boleh baca sini juga >> Garis Panduan Menaiki Penerbangan Ketika Hamil Air Asia

BAWA SALINAN BUKU REKOD PRENATAL

Buku Merah ke Buku Ungu ke atau macam saya yang memang buat prenatal check-up di Hospital UMRA Shah Alam, just ada kad biru kecil yang mudah dibawa ke mana-mana; WAJIB bawa. Buku rekod ni ibarat passport baby dalam perut kita tu.

MAKLUMKAN PADA AHLI KELUARGA

Jangan lupa maklumkan pada ahli keluarga tentang trip anda. Mana tau ada kecemasan.

PILIH SEAT YANG SELESA UNTUK IBU DAN ANAK KECIL

  • Pertama, pilih seat yang sebaris. Ini kerana ia memudahkan anda dan pasangan nak uruskan anak-anak; makan, main, tidur, bergaduh dan lain-lain. Walau se’behave’ mana pun anak-anak ni dalam flight, mesti sampai satu tahap mereka jadi cranky. Adatlah tu. Sebab tu nak travel dengan anak-anak ni mental memang kena kental.
  • Kedua, tempal awal bassinet sekiranya ada anak yang dikategorikan sebagai infant – umur anak 2 tahun dan ke bawah. Pengalaman pertama saya travel ke Melbourne dengan anak sulung pada tahun 2010 dulu memang memenatkan. Hampir 9 jam dalam flight meriba Icha. Mujur masatu baru anak sorang. Lepas-lepas tu travel kami memang tempah bassinet. Begitu juga semasa trip kami ke Eropah pada tahun 2013 (London-Paris-Amsterdam), kami tempah dua bassinet dan ambil seat depan. Jadi, takdelah letih sebab kena riba anak-anak lebih 6 jam.
  • Ketiga, sebolehnya dapatkan seat yang ruangan kaki selesa sebab maybe barang-barang jatuh.. yelah, kita kan pregnant, sempit-sempit ni cramp pula kaki berjam-jam stuck tak bergerak.

Panduan Pilihan Tempat Duduk Flight AirAsia

TEMPAH MAKANAN SEMASA BOOKING FLIGHT

Dua perkara iaitu makanan anak-anak dan makanan halal. Saya selalunya bawak bekalan biskut-biskut dan minuman 3 in 1 seperti Milo untuk anak-anak. Boleh aje beli masa dalam fight tapi mahal. Untuk baby pula, flight seperti Qatar Airways memang ada sediakan makanan bayi. Jangan segan-segan nak request daripada pramugari ok?

Bab makanan halal pula, syarikat penerbangan seperti Qatar Airways dan Emirates memang sediakan makanan halal. Tapi, kami juga pernah menaiki flight Eva Air untuk ke Amerika Syarikat pada tahun 2014 dulu, yang ini kami sendiri pergi ke office mereka di KLIA untuk request makanan halal.

PACKING AWAL SUPAYA TIDAK KELAM-KABUT

Anda dah tau berapa lama nak travel, jadi pack beg anda sekeluarga awal-awal. Bagi saya dan suami, kami memang tak boleh nak buat light packing sebab diapers anak-anak aje dah separuh bagassi. Belum masuk lagi peralatan kamera milik suami. Apapun, yang penting packing awal supaya kita tidak kelam-kabut dan memang bawa travel benda yang perlu dan penting aje.

Untuk membantu anda packing dengan baik, gunakan packing cube untuk setiap ahli keluarga. Packing cube ni anda boleh beli online kat Amazon ke (jenis best macam Eagle Creek tu ke); IKEA dan Daiso; ataupun boleh gunakan zipper bag saiz besar.

Oh ye.. jangan lupa packing suplemen dan ubat-ubatan anda sekali ye!

ACTIVATE YOUR LIFE!

Tak tau nak cakap ini wajib ke tak, tapi bagi saya ia perlu. Sebab apa? Sebab anda travel dengan anak-anak. Parents perlu sihat dan ada stamina, selain daripada mental yang kental. Haha. Ingat tau yang tips saya share ni ialah tips travel semasa hamil dan bawa anak-anak.

Rajin-rajin bersenam dan jaga kesihatan.

Video Tips Travel Semasa Hamil

SEMASA TRAVEL

RAJIN-RAJIN MINUM AIR KOSONG

 

Travel to Jaipur

Amber Fort, Pink City Palace di Jaipur, India; Jun 2011, Bella dalam perut

Pengalaman saya first time travel semasa hamil bersama anak kecil ialah pada tahun 2011 dulu sempena celebrate wedding anniversary kami. Kami ke India dengan flight AirAsia tambang PERCUMA pada ketika itu. Masa tu bulan Jun. Musim panas macam tu kat India, dan suhu mencecah sehingga 42 ke 45 darjah celcius.

Seminggu aje kat sana, tapi alhamdulillah.. walaupun masatu saya baru je pregnant, masih mabuk, loya dan selera makan teruk sangat, tapi saya dan Icha pulang ke Malaysia dalam keadaan sihat wal’afiat. Tips basic kami, minum air banyak-banyak dan kami of course, konsisten makan Vitamin C Shaklee untuk up kan imun dan antibodi tubuh.

BAWA SELALU KUDAP-KUDAPAN

Especially untuk anak-anak korang tu. Selalunya, anak-anak ni mengamuk sebab mereka lapar. Lain-lain sebab mungkin mereka bosan, mengantuk, letih atau tak selesa. Pandai-pandailah kenalpasti. Bawak bekalan biskut dalam paket kecil atau coklat kegemaran mereka. Kalau travel masa cuaca sejuk, jangan sesekali lupa bab yang ini.

PAKAIAN IBU HAMIL YANG SELESA

Anda hamil dan mungkin anda masih menyusukan bayi semasa hamil – pastikan pakai baju yang membantu anda merasa selesa dan mudah untuk breastfeed anak kecil. Bagi yang Muslim, eloklah pakai shawl yang labuh so boleh buat cover masa breastfeed anak, plus kalau cuaca sejuk shawl tu boleh buat lilit-lilit kat leher bersama winter coat (boleh imagine, tak?)

PRENATAL VITAMIN

Pastikan anda tidak skip pengambilan vitamin prenatal semasa travel. Ia penting untuk bantu anda stay fit dan sihat bertenaga serta ceria sepanjang travel, inshaALLAH.

JANGAN MAKAN SEBARANGAN

Masa kat Rome baru-baru ni, saya gatal mulut order spaghetti carbonara sedangkan suami dan anak-anak makan baryani. Entah apa bahan dalam spaghetti tu yang tukang masak letak, bibir saya jadi gatal dan bengkak. Mujur bekalan Nutriferon dan Vitamin C ada, alhamdulillah.. dalam masa beberapa jam lepas tu dah normal balik bibir saya.

Lepas tu, ada sekali kami bersarapan, saya letak minyak zaitun banyak-banyak dalam salad. Akibatnya, habis perut saya ‘dicuci’ lepas tu.. mujur aktiviti kami pada hari itu cuma pusing-pusing sekitar hotel aje.

ENJOY THE TRIP

Saya tak nafikan tak mudah travel dengan anak-anak. Tapi, saya lebih tak seronok travel tanpa anak-anak saya tu.. walaupun suasan Venice sangat romantik untuk berdua-duaan dengan suami; namun cinta kami lebih kuat rasanya dengan kepakaran dan kesabaran kami handle anak-anak masa travel. Hihihi.

Cruise melawat ikan lumba-lumba kat tengah laut

Cruise Harbour Breeze Long Beach California

Travel dengan anak-anak mungkin buat kita rasa macam aktiviti jadi terhad, banyak masa terbuang, banyak guna duit, stress, dan macam-macam.. tapi, semua tu la yang melatih anda dan anak-anak jadi tahan lasak serta positif.

So, itu dia 16 tips travel semasa hamil dan bawa anak-anak kecil yang dapat saya kongsikan. Kesemua tips ni adalah berdasarkan pengalaman saya dan suami selama ni. Semoga entri ini membantu anda yang sedang hamil macam mana nak travel dalam keadaan mengandung ok!

 

Panjat angkor di Siam Reap

Siam Reap, Jun 2013, 7 bulan hamil

 

Umrah masa hamil

Makkah buat umrah, Mac 2013, trimester pertama

Last but not least, jangan takut travel masa hamil ya! Enjoy our pregnancy journey to the max! 😉

Hadhatina Mkb

#MakAnakRamai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...