12 Tempat Menarik Untuk Dilawati di Stockholm

Suami tanya saya, kalau diberi pilihan untuk ulang travel ke tempat yang sama, ke mana saya mahu pergi?

Okey. Selain daripada kembali ke Makkah dan Madinah untuk menunaikan Haji, saya pilih untuk kembali ke STOCKHOLM, SWEDEN. Impian saya, kalini mahu lihat laut yang beku di Stockholm; di samping mahu cruise sekali lagi sampai ke Iceland at least. Saya nak extend trip melihat iceberg dan matahari tengah malam di depan mata macam Lyna Noh 🙂

beautiful stockholm during winter

image courtesy of google image

Kalini saya akan betul-betul pergi ke semua top attractions wajib di sana yang kami tak sempat pergi haritu, inshaALLAH. Nak merasa lagi pengalaman being local dengan ke sana ke mari guna public transport atau jalan kaki sambil tolak stroller atau gendong bayi. Woww! Personally, Stockholm is the most beautiful city I ever see, itu pun belum lagi masa winter!

Antara 12 top attractions* di Stockholm

  1. Vasa Museum
  2. Stockholm Old Town
  3. Djugarden
  4. Stockholm City Hall
  5. Fotografiska
  6. Skansen Open-Air Museum
  7. Monteliusvagen
  8. ABBA The Museum
  9. Stockholm Canals
  10. Gamla Stan
  11. Boat Sightseeing
  12. The Royal Palace
  13. IKEA (EXTRA for Malaysian hehe)

Dalam 13 kat atas ni, kami tak sempat melawat no 3, 7, 10 dan 12. No 4 tu sempat tengok dari jauh aje pulak.. kalau korang nak tau, kat situlah penerima anugerah nobel dinobatkan. Di bandar yang cantik ini, korang boleh jalan kaki aje ke sana ke mari; then lawatlah setiap museum yang ada sebab ada banyak muzium di sini.

IKEA terbesar di dunia

IKEA terbesar di dunia

I was here, Vasa the Museet 17 June 2014

I was here, Vasa the Museet 17 June 2014

Tren bertingkat-tingkat bawah tanah

Tren bertingkat-tingkat bawah tanah

Ibu ceria di tengah bandar Stockholm

Ibu ceria di tengah bandar Stockholm

Happy kids playing at Djugarden

Happy kids playing at Djugarden

Saya sendiri tak tau apa yang special sangat pasal trip ke Stockholm ni. Mungkin sebab ia spontaneous adventure trip sempena wedding anniversary kami, mungkin sebab ada kenangan cruise ala Titanic ke Finland, mungkin sebab pengalaman tolak stroller Baby Jogger tempang tu; atau mungkin sebab kagum tengok kaum bapa yang handsome balik kerja tolak stroller sambil pakai kot.. atau, mungkin sebab Stockholm memang destinasi impian saya sejak kenal suami (Ericcson kat sini). Ada banyak sebab tapi trip ini paling memorable pada saya.

Yang pasti, memang tak rugi melawat Stockholm!

#MakAnakRamai

*as per TripAdvisor dan laman web www.visitstockholm.com/

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...