Masuk TV Lagi! #ProjekKuihRayaWHI2.0

First time kami suami isteri muncul di kaca tv ialah pada tahun lepas (2016) untuk tajuk Suami Makan Gaji Isteri di rancangan WHI TV3. Best juga sebab masatu tetamu undangan yang ada bersama ialah Syamsul Yusof dan Mawi.

Terkini, suami pula muncul sebagai salah seorang penyumbang kuih raya untuk Projek Kuih Raya WHI 2.0. Actually, saya pun ada masatu tapi tak boleh nak keluar kereta sebab sedang meriba Anna yang tidur.

TAHNIAH diucapkan kepada team WHI atas inisiatif ini; bukan sekadar projek biasa namun ia adalah platform untuk mereka yang mahu beramal sambil dapat membuat sumbangan serta berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Sudah pastilah, mereka yang menerima sumbangan kuih raya ini amat gembira, inshaALLAH.

Diharapkan pihak WHI dapat meneruskan lagi projek ini untuk tahun depan.

Link Part I : https://youtu.be/M9TPmlm6-wQ

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge