Saya bertemu produk Shaklee pada tahun 2010 hanya untuk mencari suplemen yang menyokong penyusuan anak sulung saya yang menghidap masalah kolik yang teruk. Alhamdulillah, Alfalfa Complex Shaklee telah berjaya menyelesaikan masalah besar saya pada masa itu – seorang wanita yang baru aje pegang title ibu dan buntu dengan bayinya yang kolik. Itu sahaja permulaannya. Namun, langkah kecil itulah rupanya yang telah membuka pintu kepada sesuatu yang lebih besar daripada apa yang saya bayangkan.
Kini, lebih sedekad berlalu, saya ingin berkongsi sekali lagi kisah perjalanan saya – bukan sekadar untuk menginspirasi, tetapi untuk menyampaikan mesej bahawa jika saya boleh melakukannya, anda juga boleh!
Bermulanya Perjalananan Hidup Bersama Shaklee
Selepas berpuas hati dengan kesan Set Menyusu Shaklee tadi, saya kongsikan pengalaman tersebut dalam blog saya. Saya menulis masa tu sekadar suka-suka, isi masa lapang. Namun, perkongsian saya tu rupa-rupanya menarik perhatian ramai ibu-ibu baru seangkatan saya. Bermula dari situ, saya dilamar untuk jadikan Shaklee sumber pendapatan saya.
Bulan pertama, hanya dengan berkongsi pengalaman di blog, saya berjaya meraih bonus pertama Shaklee RM500. Itu cukup untuk membuktikan kepada saya bahawa Shaklee bukan sedar bisnes biasa-biasa. Ia ada peluang.
Bulan kedua, saya capai rank Supervisor – rank pertama dalam kepimpinan bisnes Shaklee – dengan bonus lebih RM2000 dan masa tu Shaklee bagi reward water filter pula! Wah! Sangat mengujakan!
Namun, di sebalik semua tu, saya sebenarnya masih tiada hala tuju. Saya buat sungguh-sungguh tanpa ada matlamat yang jelas, dan tak faham sepenuhnya pun. Saya enjoy, tapi sebenarnya zero! Sehinggalah satu hari saya menyaksikan orang lain menerima anugerah besar semasa event Shaklee. Nama saya tiada.
Bangkit Dari Kesilapan
Titik tolak bermula semasa saya menghadiri Shaklee National Conference buat kali pertama. Saya hadir dengan penuh semangat, membayangkan nama saya akan diumumkan. Namun, nama saya tiada pun. Saya hanya penonton.
Lebih menyedihkan, saya antara business leader yang sedang meningkat nama pada masa itu. Balik rumah, saya menangis.
Kekecewaan itu mengubah perspektif saya sepenuhnya. Saya sedar, untuk benar-benar berjaya, saya perlu konsisten dengan kejayaan-kejayaan kecil, menetapkan visi yang jelas, dan memahami apa yang saya ingin capai.
Masa tu, betullah matlamat asal saya hanyalah nak bantu suami tambah pendapatan tanpa saya perlu berpisah setiap hari dengan anak saya. Juga tanpa risau menyerahkan anak saya yang masih bayi di bawah jagaan orang lain. Namun, saya leka dalam zon selesa yang saya capai itu sampai tak perasan saya mampu pergi jauh lagi.
Hari ini, saya bersyukur kerana pengalaman menyedihkan itulah menjadi pencetus kepada banyak pencapaian saya pada hari ini, dengan sokongan dan restu suami. Lebih daripada itu juga, saya telah dapat membantu ramai ibu, wanita, dan keluarga mencipta kisah kejayaan mereka masing-masing, bersama Shaklee.
Istimewanya Shaklee Saya Setia Sehingga Kini
Setiap orang ada sebab untuk bertahan, atau untuk pergi. Namun bagi saya, bertahan mahupun bermula sekali lagi untuk kesekian lagi tetaplah bersama Shaklee. Kerana, Shaklee bukan sekadar bisnes – ia adalah platform kehidupan. Ia beri saya kebebasan masa, kebebasan kewangan, dan paling penting, kebebasan membina masa depan keluarga dengan cara saya sendiri. Apa yang membuatkan Shaklee begitu unik?
- Fokus pada ilmu, bukan sekadar menjual – dalam team kami, antara perkara terawal diajar ialah ilmu produk. Saya ingat lagi, siap ada buku nota khas untuk study produk-produk Shaklee, dan setiap hari saya akan study sejenis produk. Selain daripada itu, kami memang consume kebanyakan produk yang dijual, lebih mudah untuk memahami kesannya. Mudah dan lebih yakin untuk consult prospects dan downlines. Shaklee juga menyediakan products training secara berkala untuk semua pengedarnya.
 - Supportive Support System – Daripada uplines, sidelines, downlines juga dan semestinya pihak company sendiri, sentiasa ada di samping saya. Menyediakan platform, menyampaikan ilmu dan informasi, menyediakan rewards dan segala bantuan yang diperlukan untuk saya menjalankan bisnes ini dengan selesa.
 - Mesra Keluarga – ini paling saya istimewa kerana inilah punca saya terjebak dengan bisnes ini. Ke mana-mana saya pergi, saya tak perlu berpisah dengan anak-anak. Cuma untuk situasi tertentu yang perlukan extra commitment, mungkin anak-anak yang terlalu kecil perlu diuruskan. Namun, ia tetap jadi option yang terbaik!
 - Kebebasan Bekerja – nak fokus bisnes secara offline sahaja boleh. Nak fokus secara online saja pun boleh. Saya fleksibel. Dan pilihan saya, dalam zaman sekarang ni buat dua-dua cara lebih baik. Yang penting, I am answerable to no one except ALLAH.
 
Malahan, bukan sekadar membantu saya menjana pendapatan, Shaklee juga membantu saya untuk membantu ramai wanita di luar sana menjana pendapatan dan mengubah kehidupan mereka menjadi lebih bermakna.
2025 Tahun Untuk Anda, Untuk Saya & Untuk Kita

Tahun in, saya ingin membantu lebih ramai wanita – moms like YOU – untuk mencipta a much better life, inshaALLAH. Samada nak jadi lebih sihat, extra income, atau sekadar nak cuba sesuatu yang baru tahun ini, Shaklee adalah tempat terbaik untuk anda bermula.
Dan, tak perlu risau kalau korang takde pengalaman. Saya sendiri bermula dengan takde apa-apa pengalaman – sekadar seorang wanita yang baru ada anak seorang dan surirumah yang minat blogging untuk isi masa lapang – saya terjebak dan just do it dengan pantauan upline.
Bayangkan jadi lebih sihat – lebih slim, kulit lebih cantik, anak-anak kurang kena sakit, suami cergas dan ceria, ada pendapatan bulanan sendiri dan semua tu korang yang tentukan aturan perjalanannya. InshaALLAH masa depan itu milik korang jika berani bermula.
Seandainya korang berminat nak tahu lebih lanjut tentang produk Shaklee atau peluang bisnes Shaklee 2025 ini, boleh contact saya di 0192939886 (Master Hadhatina).