Mencari Mickey Mouse di Disneyland Bersama Anak-anak

Ada 6 buah Disneyland (taman tema) di dunia (so far), dan kami sekeluarga dah sampai ke 4 buah daripadanya iaitu :

  • Disneyland Paris (Park), France – 2013
  • Hong Kong Disneyland (Park) , Lantau Island, HK – 2014
  • Disneyland Park, Anaheim, California -2014
  • Magic Kingdom, Walt Disney World Resort, Lake Buena Vista, Florida – 2016
  • Tokyo Disneyland Park, Chiba Prefecture, Tokyo, Japan – Soon.. inshaALLAH 2017 bersama Shaklee
  • Shang Hai Disneyland Park, Pudong New District, Shanghai – Soon

Disneyland Park France

Disneyland Park di Paris pada tahun 2013

Pertama kali melawat taman tema Disney

Disneyland Park Hong Kong

Disneyland Park Hong Kong, 2014

Melawat Disney theme park sempena harijadi

Disneyland Park Anaheim, California

Disneyland Anaheim 2014

Disneyland Anaheim paling penat dan adventure kisahnya

Magic Kingdom, Walt Disney World, Orlando

Disneyland Orlando 2016

Magic Kingdom je sempat masuk

Apa benda WAJIB yang kami buat apabila melawat taman-taman Disney ini?

Of course semua orang apabila travel ada aktviti wajib yang mereka nak tunaikan, ye tak? Untuk kami, saya akan pastikan kami dapat bergambar dengan watak Mickey Mouse dan Icha mesti dapatkan autograf Mickey.

Alhamdulillah.. dah berjaya dapat 4 autograf si Mickey ni.. hahaha.. berbeza tau feeling walaupun wataknya sama je pun. Malahan, aktiviti mencari si Mickey ni pun dah menyeronokkan dan mengujakan! Masih fresh dalam ingatan saya semasa pertama kali mencari Mickey di Disneyland Paris tu, dahlah saya dan Am baru lagi habis pantang (bersalin), cuaca sejukkkkk sampaikan selang beberapa minit berjalan asyik stop cari air panas. Memang banyak buang masa dan sampai dah nak gelap dah (siang pendek masatu). Saya sendiri yang hampir-hampir nak menangis sebab tak dapat bawak Icha jumpa Mickey masatu.. syukurlah dapat. Bukan apa, sebab dah berjanji, kan? 😉

Ini dia 4 autograf so far, tapi emak Icha pun dah lupa which is which Mickey yang punya. Hehe.

autograf Mickey Mouse

autograf Mickey Mouse seluruh dunia

Ni pulak gambar-gambar kami sekeluarga bersama Mickey Mouse

Mickey Mouse pertama Icha di Paris

Mickey Mouse pertama Icha di Paris

Mickey Mouse at Disneyland

Mickey Mouse kedua di Hong Kong.. kat sini Mickey kat taman, bukan rumah

Mickey Mouse at Disneyland

Mickey Mouse Anaheim, masani gambar banyak tak clear pulak

Mickey Mouse at Disneyland

Latest meet up, dan paling special treat di Magic Kingdom, Orlando

Sebenarnya, kami bergambar juga dengan watak-watak Disney yang lain seperti Anna&Elsa, Minnie, Daisy, Goofy dll; cuma dengan Mickey of course paling special, kan?

Beberapa tips ringkas mencari Mickey Mouse bersama anak-anak di Disneyland :-

  1. Lepas dah ada tiket masuk, sila download apps My Disney Experience dan SUBSCRIBE kemudahan FastPass+ so korang boleh tau kat mana dan bila nak cari Mickey Mouse; serta tak perlu beratur panjang untuk berjumpa Mickey
  2. Ada wi-fi free dalam Disneyland
  3. Make sure ada simpan peta Disney park walaupun ada fon, mana tau bateri handphone kong
  4. Beli dan pakai siap-siap pakaian watak Disney kegemaran anak-anak sebelum masuk, so, nak bergambar pun best. Plus, beli dalam tu MAHAL dan pakai kemudian tak syok laa..
  5. Ada banyak kaunter informasi bertanda ‘i’, so jangan segan-segan bertanya ok
  6. Sama macam no #4, make sure bawa siap-siap buku autograf dan pen sendiri tapi koranglah jagakan

Ada banyak lagi tips special lain melawat Disneyland, inshaALLAH saya share dalam entri yang lain ya!

Ni our very next Disneylands’ trips with our kids, inshaALLAH!

Disneyland Shanghai

source : google image

Tokyo Disneyland

source :google image

 

#MakAnak4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...