Melawat ABBA The Museum di Stockholm, Sweden

Kalau korang peminat lagu-lagu dalam musical movie Mamma Mia lakonan Meryl Streep, Pierce Brosnan dan Amanda Seyfried; dah tentu korang tau tentang ABBA, band muzik yang bertanggungjawab membawakan lagu-lagu hot seperti Dancing Queen, Honey Honey, Chiquittita, Mamma Mia, The Winner Takes It All dan banyak lagi!

Hadhatina loves Mamma Mia the Movie

Mamma Mia the Movie

 

Hari kedua di Stockholm

Kami berjalan kaki daripada apartment kami, Biz Apartment Gärdet, ke ABBA The Museum yang terletak di Djurgårdsvägen 68. Kami berjalan kaki ke muzium ini sebab masa ni kami tak aware lagi tentang perkhidmatan bas shuttle Hop-On-Hop-Off di Stockholm. Yelah.. baru hari kedua pun. Plus, bukannya travel solo. Berjalan kaki ambil masa lebih kurang 35 minit; dan untuk kami plus plus sebab sepanjang perjalanan tu kami suka stop untuk bergambar dan rekod video.

Kalau naik bas pula, dalam 20 minit sahaja direct stop ke ABBA The Museum. Dan, korang actually boleh dapatkan STOCKHOLM PASS untuk lebih penjimatan wang dan masa (serta tenaga hehe); city pass ni boleh order online siap-siap atau tanyalah pada kaunter di tempat penginapan korang di Stockholm.

Okey sambung cerita, sebelum sampai ke ABBA The Museum tu kami singgah dulu di beberapa buah museum yang kami jumpa on the way. Mana-mana muzium yang stroller kami tu boleh masuk dengan mudah (a.k.a ada slope), maka kami masuk. Kalau takde, kami just bergambar di luar muzium. Sempat kami melawat taman bunga cantik Djurgården dan tersesat sampai ke Skansen open-air museum. Dua tempat satu pulau aje dengan ABBA The Museum.

ABBA The Museum

Jalan kaki ke ABBA The Museum

djurgarden

stockholm

djugarden1

djugarden2
djugarden3

 

stockholm1

Haha.. sakan lagi kami berposing sana sini dulu sebelum tiba ke target utama haritu. Rugilah kan jalan jauh-jauh kalau tak bergambar banyak-banyak; tambahan lagi bawa anak dan sememangnya Stockholm destinasi impian kami suami-isteri. Alhamdulillah.. ALLAH sampaikan kami ke sini. Suami siap main drone lagi tau masa kat Djurgården tu.

Finally, kami pun sampai ke muzium ABBA.

10403950_10152492969472978_2197818830939426075_o

10355688_10152492955772978_4940722127599939701_o

1907791_10152492954757978_1061881533193662541_o

10431390_10152492968062978_4348600771887721081_o

10497329_10152492965972978_8879752615673663340_o
10507051_10152492959872978_2575674844169739829_o

10498246_10152492955542978_8294994963770393302_o

Actually, ada banyak lagi foto-foto kami di sini, memang kami spend masa lama kat sini. Teruja la katakan. Sempat juga saya dan anak-anak menari dengan ABBA hihi; saya aje la.. budak-budak ni malu pulak masatu.

Ringkasan untuk panduan :

  1. Sebagai pelancong, sila dapatkan Stockholm Pass (beli) untuk membantu anda melawat sekitar bandar cantik ini dengan mudah dan jimat.
  2. Tiket masuk ke ABBA The Museum adalah PERCUMA untuk anak-anak di bawah umur 7 tahun
  3. Sentiasa bawa kudapan ringan di dalam bagpack untuk anak-anak, especially
  4. Ber’stroller’ di Stockholm adalah seronok dan mudah, ia adalah bandar kids-friendly pun.. slope ada di mana-mana dan bas Stockholm memang dicipta untuk memudahkan parents bawak masuk stroller (wheelchair) tanpa perlu lipat. Luas.
  5. Make sure bateri kamera fully charge dan memory card kosong; rugi tak bergambar banyak-banyak di bandar cantik ini

Lain-lain tips inshaALLAH dalam entri yang lain 😉

#MakAnak4

Rujukan :

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...